Pages

Contest PP !

SALAM SEJAHTERA :)
sebenarnya . contest ni mahfuzah malik yang syorkan kat aku.
aku memang agak berminat nak masuk. tapi, aku tak tahu Pengalaman pahit apa yang aku nak kongsi.
banyak sangat. jadi, aku fikir, baik aku share dengan korang jer.peristiwa ni berlaku agak lama. masa aku tingkatan 3.aku ni salah seorang yang mengharumkan nama sekolah.cehh ! dengan bangganye aku cakap .
aku ni aktif juga la dalam aktiviti kokurikulum . tapi aku bukan atlit , bahas dan sebagainya.
tetapi aku ni ahli kumpulan nasyid. jangan pandang rendah dengan nasyid kitorang. bukan nak bangga .  
    tiap tahun mesti dapat johan punya lah. sampai peringkat negeri.setiap tahun pasti ada hari kokurikulum. aku pun pasti akan naik pentas .ok. berbalik pada cerita , pada pagi berkenaan,
aku pon bersiap dengan cantik dan kemas. aku agak berbeza la berbanding hari lain.
almaklumlah , nak naik pentas. kawan2 aku semua puji la betapa kemasnya aku.
pada pagi yang hening tu , perhimpunan agak lama, sebab hari ni semua benda nak disampaikan.
so, kawan aku dapat hamper saguhati sempena pertandingan sempena membuat penanda buku. 
aku gelakkan dia. mana taknya, dia buat punya la lawa. tapi dapat saguhati.
aku masih lagi berdebar2 menanti saat nak naik pentas. tengah seronok sembang punya sembang.
nama aku dipanggil oleh Puan Mariati. " Wan Noor Ain Ashura Aluwi ". aku dengan gopoh gapah dan bangga nya berjalan ke pentas. semasa aku sedang lenggang lenggok berjalan, ramai gila bersorak dan memanggil2 namaku. aku pandang mereka dengan senyum seperti monyet mendapat bunga. aku naik pentas . dan cikgu mariati berkata " mungkin suaranya sedap sangat , itu sebab ramai yang sorak ".aku tersenyum.
terasa bangga dengan pujian itu. kawanku Hani telah tunggu di hujung jalan, aku pergi ke arahnya. 
dia menyuruh aku pusing ke belakang. aku pun pusing. dia menarik sesuatu. aku pelik.
bila aku pusing ke arahnya, dia memberi aku secebis kertas . tahukah apa ditulis atas kertas itu?. 
SAGUHATI! cebisan yang jadi tanda kawan aku menang tadi. semua guru melihat aku. aku masih lagi berjalan agak slamber. bila aku kembali ke tempat duduk aku. semua pandang aku. betapa merahnya muka aku pada waktu itu. ta dapat dijangka merahnya. macam buntut beruk agaknya. aku terus duduk. kawan yang kenakan aku masih lagi rancak gelakkan aku. aku tak sabar, aku pukul dia dan mencarut dalam pelbagai bahasa dan makna. dia minta maaf dekat aku, tetapi aku tak hiraukan. bila aku pergi rehat. ramai budak2 tengok aku . terasa macam badut waktu itu. bila senior mahupun junior bertanya tentang kejadian itu, aku buat macam tak tahu apa2 . jadi, pada aku, ni lah pengalaman pahit seperti hempedu. kalau korang ada . korang share lah. so. pesanan aku, bila dapat sesuatu penghargaan, jangan terlalu gopoh gapah . relax ! relax!


( : di sini la tempat kejadian :)

lalalaa :)

Thanks for reading.next :)

semua karut mengarut dalam blog ni hasil dari pemilik wrinkled buddies