Pages

RINTIHAN SEORANG ANAK :)

ASSALAMUALAIKUM :)
hari ni, aku nak ceritakan 1 kisah benar,
mengenai rintihan seorang anak yang rindu akan ayahnya.

Dulu, sebuah keluarga yang hidup sederhana pulang ke kampung. mereka tinggal bersama nenek.
pasangan suami isteri ini mempunyai 2 org anak. 1 laki 1 perempuan. hidup mereka baik2 saja.
ayahnya mengambil keputusan untuk bekerja di Kuala Lumpur kerana ingin mencari wang yang banyak.
jadi, tinggal lah mereka bertiga bersama nenek. setiap bulan, ayahnya pasti akan pulang.
si emak, juga mengambil keputusan untuk berhijrah ke KL. kerana gaji suaminya tidak cukup utk
menanggung mereka semua. dua beradik itu tinggal bersama nenek mereka sehingga dewasa.
waktu adik perempuan berumur 12 tahun, didapati ayahnya sudah kahwin lain. memang tidak disangka2.
ibunya pula, sedang sakit. menghadapi sakit yang kronik iaitu Barah payudara. ibu kelihatan tabah 
didepan anak2, mungkin tidak mahu kelihatan lemah dimata anaknya. Ayahnya berkahwin lain kerana 
angkara jahat kakaknya. kakaknya benci ibu. setahun selepas itu, keluarga itu menjadi pecah belah.
mereka tidak lah bercerai. abang, memang benci si ayah kerana ayah banyak melukakan hati ibu.
tetapi si adik, masih sayang kedua ibubapanya. mereka  hanya rapat dengan ibu saja.
si adik selalu sembunyikan sedih kerana tidak mahu ibunya syak ape2. tahun demi tahun, 
si adik jalani hidup dengan sedih. mana ridaknya, ayahnya tidak pernah menjeguknya.
telefon? lagi la. dalam setahun, belum tentu boleh jumpa. bila ada motivasi yang menjemput ibubapa.
si adik menjadi benci. ibunya pasti tidak akan, bapanya. jauh panggang dari api. tada maknanya.
hati si adik kecewa melihat & ingin orang tuanya datang seperti keluarga lain.
kadangkala si adik merasakan dia hanya mempunyai nenek saja. itulah keluarga dia.
di hadapan rakan2, dia mengutuk2 ayahnya sampai rakan2nya mengata.
" ko ni anak derhaka " adakah dia nak jadi sebegitu rupa ? dia buat camtu kerana dia rindu ayahnya.
sesekali mereka cerita akan keluarga, pasti airmata si adik akan mengalir. lagi2 apabila melihat ayah 
mereka menghantar ke sekolah. bila akan aku jadi sebegitu ? hati si adik tertanya2.
bila hari bapa. dia ingin ucapkan SELAMAT HARI BAPA, AYAH ! . tapi hatinya berkata tidak.
kadangkala dia ingin membalas semua perbuatan ayahnya terhadap ibu. tetapi dia tidak berhak masuk campur. kekeyaan ? dia tak nak semua itu. dia minta cuma 1 . dia inginkan kasih sayang seorang ayah
dan hidup dalam keluarga yang bahagia seperti dahulu. bila saudaranya mengata2 ayahnya, dia mampu
tersenyum. apa dia hendak buat. abangnya, bila dengar nama ayahnya, pasti akan berkata : jangan sebut nama dia " macam tu sekali benci. tapi si adik tahu yang abangnya amat sayang ayahnya.
apabila dia mendapat sesuatu kejayaan, ingin sekali si adik memeluk & mencium ayahnya dan berkata
" adik berjaya ayah " . tapi itu semua angan2. hanya mainan minda. realiti, dia tidak mempunyai ayah
yg sebegitu mengambil berat. ayah yang bangga dengan pencapaiannya.
siapa yang tak sayang ayah. ingin diluahkan rasa hati kepada ayahnya. tapi mampukah dia ?
jadi si adik hanya mampu menangis sekiranya terkenangkan ayahnya. 
sesungguhnya mereka teramat2 sayangkan ayah mereka. 
SAYA SAYANG AYAH SANGAT2 !

jadi. wahai kawan2 . hargailah org tua kita. sayangilah mereka dengan penuh
kasih sayang. jangan jadi anak derhaka. berusaha utk bahagiakan mereka.
hanya pencapaian yang baik dapat bahagiakan mereka . jadilah anak solehah.
jangan menyesal di kemudian hari :)



i love abah & mama :)

Thanks for reading.next :)

semua karut mengarut dalam blog ni hasil dari pemilik wrinkled buddies